Bagaimana Dapatkan Bonus RM5 Bagi Pengguna Baru

Anda pasti mahukan bonus atau ganjaran tambahan jika anda membuat sesuatu kan? Begitu juga dengan Boost App, anda akan diberikan bonus RM5 pada permulaan pendaftaran anda dengan Boost App.

Tapi nanti dulu, ada beberapa syarat yang anda mesti patuhi dan jika anda tidak melalui langkah yang ditetapkan, anda tidak akan mendapat Bonus RM5 ini. Walaupun kecil, tetapi disaat tiada wang mencukupi untuk membeli topup, RM5 sangat membantu ketika kecemasan.

#Syarat Pertama

Anda mesti mendaftar dengan Boost App melalui invite code pengguna terdahulu. Jika, anda mendaftar tanpa rujukan invite code, maka anda tidak akan mendapat Bonus RM5 ini.

Ini kerana, Bonus RM5 ini sebenarnya adalah Referral Bonus yang telah disediakan dalam aplikasi ini. Dan pengguna terdahulu yang memberi invite code kepada anda untuk mendaftar, juga akan mendapat RM5 seperti anda. Bonus ini anda dapat sekali sahaja.

#Syarat Kedua

Setelah melepasi Syarat Pertama, anda perlu melalui syarat Kedua.

Syarat Kedua adalah, anda perlu membuat pembelian kredit Topup Telefon MINIMA RM10.00 dengan menggunakan aplikasi Boost. 

Dan sebelum anda membuat pembelian, anda perlu masukkan wang kedalam E-Wallet Boost App terlebih dahulu menggunakan bank tempatan atau anda juga boleh membeli melalui pengguna terdahulu yang anda kenali.

Untuk membuat pembelian kredit topup telefon RM10 ini, anda perlu masukkan sekurang-kurang RM10 kedalam E-Wallet Boost App anda.

Kesimpulan

Jika anda mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan diatas, pastinya anda akan mendapat Bonus RM5 yang saya katakan dan war-war kan kepada anda.

Dan jika anda belum mendaftar sebagai pengguna Boost App, anda boleh Rujuk Disini.

Sekian...

Comments