Pengenalan - Boost App (Aplikasi Boost)

Bergerak seiring dengan peredaran teknologi masa kini, pelbagai aplikasi telah muncul dengan matlamat yang sama, iaitu untuk memudahkan urusan seharian manusia. Ada juga, yang dicipta untuk memberi jalan pintas kepada pengguna dalam sesuatu urusan tertentu.

Boost App (Aplikasi Boost) juga tidak ketinggalan untuk memasuki pasaran aplikasi telefon pintar dan memberi persaingan yang sihat kepada pengusaha aplikasi lain.

Aplikasi ini telah menembusi pasaran sejak tahun 2017 lagi. Dan sepanjang kewujudannya, Boost telah banyak mempertingkatkan sistem dan menambah lebih ramai lagi rakan-rakan perniagaan untuk memberi kelebihan kepada pengguna Boost App.

Pada ketika artikel ini ditulis, Boost App telah didaftar sebanyak lebih 3 juta orang rakyat Malaysia. Ini sebenarnya menjadi penanda aras bahawa, rakyat Malaysia sudah mula berminat menggunakan sistem "Cashless" atau dalam erti kata lain "kurang penggunaan wang fizikal" dalam urusan jual beli seharian.

Jom, sama-sama menggunakan Boost App ini, untuk mengurangkan membawa cash. Dalam masa yang sama juga, ia dapat memudahkan dalam urusan menambah nilai talian prabayar anda.

Saya akan ceritakan bagaimana langkah-langkah untuk mendaftar dan menyertai Boost App ini dalam post yang akan datang.


Comments